Friday, October 21, 2011

Thursday, October 6, 2011

Jambangan Bunga Untuk Officemate yang bersara

Kawan d'chocoshops akan bersara bulan ni. So sempena persaraan beliau d'chocoshops buatlah jambangan bunga sebagai kenangan untuk beliau...Selamat bersara buat millie...

Tempahan Coklat Love Box Baru

Kali ini tempahan yang d'chocoshops terima agak berlaianan sedikit. Coklat Praline yang diletakkan dalam box bentuk love...susah jugak nak carik box bentuk love ni...saiz ni jer yang ada... Customer request meroon dan putih...semoga berpuas hati dengan hasil kerja d'chocoshops...jom layan gambar..

Wednesday, September 7, 2011

KELAS COKLAT 22 Okt 2011 – percuma resepi nasi arab, jimat RM 70.00

Assalamualaikum…

Kepada yang berminat untuk belajar membuat homemade coklat, info class adalah seperti dibawah

Tarikh : 22/10/2011
Masa : 9.00 pg – 5.00 ptg
Tempat : Bersebelahan Giant Seri Kembangan
Yuran : RM 200.00 (deposit RM 50 untuk booking)
Bil Pelajar : 4 orang sahaja

PERCUMA
- Nota
- Makan tengahari
- Resepi Nasi Arab (Yuran RM 70.00)
- Coklat untuk dibawa Pulang


Sesiapa yang berminat sila sms nama ke 012-6929748 (Azian)

Monday, August 22, 2011

Coklat raya lagi...

Tempahan kali ni dari Puan Aida dari Bangi. Terima kasih diatas tempahan yang dibuat. Semoga berpuas hati dengan coklat tersebut. Jom layan gambar...


Coklat raya lagi dan lagi...

Tempahan coklat raya dari officemate d'chocoshops... Terima kasih kawan-kawan di atas sokongan anda semua... Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri ditujukan khas untuk anda semua...jom layan gambar



Coklat Raya lagi

Tempahan kali ini dari kakak d'chocoshops dari kampung..terima kasih kerana tidak jemu-jemu order dari d'chocoshops... tahun depan order lagi... jom layan gambar...

Praline 30 pcs

Coklat raya

Tempahan Coklat Raya 2011 lagi

Tempahan coklat kali dari Puan Nurul dari Putrajaya. Coklat Praline 17 Balang (50 biji)... terima kasih kepada Puan Nurul. Tahun depan boleh bekerjasama lagi yer... jom layan gambar..

Sebelum

dah letak label...

Thursday, August 4, 2011

Order untuk Hari Raya

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memurahkan rezeki D'chocoshops pada bulan ramadan ini. D'chocoshops mendapat tempahan dari En Zahir yang menempah 20 balang kecil coklat praline. Jom layan gambar...

Untuk makluman En Zahir ada membuka booth jualan di Giant Bandar Kinrara. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan coklat ini boleh datang ke Giant Bandar Kinrara, tingkat 1 berhadapan dengan pizza hut

Wednesday, August 3, 2011

Praline untuk Birthday

Order kali ni coklat praline pelbagai bentuk dan warna untuk birthday.. kepada puan nurul semoga berpuas hati dengan coklat tersebut. Terima kasih di atas sokongan anda.

Monday, August 1, 2011

Coklat Raya Untuk Tempahan 2011

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan coklat praline bolehlah sms saya 0126929748. Tarikh tutup tempahan 7 Ogos 2011. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.


Harga
RM 18.00 (25 biji)
RM 35.00 (50 biji)
warna dan bentuk ada seperti di dalam gambar... terima kasih

Tuesday, July 12, 2011

Dealer D'chocoshops

Pengumuman!!!

Kepada yang berminat untuk menjadi dealer D'chocoshops sila hubungi 012692974 untuk mengetahui terma dan syarat. Terbuka kepada student yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan. Komisyen sangat lumayan.
cepat2..sms sekarang 0126929748

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Pengantin Baru Julia & Sham



Sempena perkahwinan kawan D'chocoshops pada 25 jun ini, ada sedikit sumbangan untuk cik Julia. D'chocoshops mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia dunia dan akhirat. Jom layan gambar...Jambangan bunga coklat






Order Untuk Hantaran (Love Box XL)





Order kali ni dari abang D'chocoshops untuk hantaran abang iparnya. Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.


Wednesday, June 8, 2011

Order untuk besday

Tempahan kali ni untuk besday qistina... Selamat hari jadi sayang...jadi anak yang soleh yer...